Sila Daftar Masuk

30 June 2011

Bye Jun...

Entri terakhir di bulan 6..,30 June 2011

google

3 minggu berlalu, menanti saat-saat keputusan Final di keluarkan., moga-moga semuanya berjalan dengan lancar..,ayahanda tercinta sedang menunggu kepulangan serta membawa perkabharan yang bagus.. Hanya mampu berserah segalanya kepada yang maha Esa...,, Peluaang kerjaya yang ada di sana moga dapat ku garap, dengan harapan dapat untuk meringankan beban family serta mampu untuk membayar semua hutang Enchek.Ptptn yang telah menemani serta mengiringku selama 3 tahun aku di kolej.. Sudah tiba masanya untuk membalas semuanya... Baru terasa bertapa susahnya untuk mencari..,dan baru terasa bahawa perit apabila mula berpijak pada kasut sendiri tanpa dipapah dan dibimbing oleh ibu dan ayah...

Bagiku, sepanjang bulan june adalah bulan yang penuh dengan ujian dan cobaan,, Allahamdulilah,walaupun hampir berputus asa tapi masih mampu untuk meneruskanya.. Dari final exam yang hari berterusan,,hari yang sama ayahanda ditebuk untuK buat Pertoneal Dylisis... dalam hati hanya mampu berserah dan harus kuatkan semangat..

Terimakasih Ya,Allah..serta buat teman yang banyak memberi dorongan terutamnya keluarga di sana..., Terima Kasih juga buat insan yang di kasihi sebab hadiah pada hari lahir saya..,serta kawan2 seperjuangan mahupun kawan lama yang wish birthday... Thank u,..


Selamat tingal june... Selamat datang July...





Blog problem....

Pening kpala,seharian cuba tuk post entri tapi x belh... Lama2 dia kasi kluar ni macam...




EROR
BAD REQUEST


ayak..,,manyak susah ini matchiammm.... sikijap lagi gua mau pigi caLii makan.,,
ala olang mau pesan kah??

Hari ni...

 Rangkuman pada hari ini, 

1) Mentengilingkan diri di atas katil seharian,terasa tidak berapa nak sihat.., kelonglaian terserlah,liat seakan daging2 beribu tahun di sejuk beku dalam freezer.. 

2) Berposaa sunat sempena Isra Mikraj..., nasib bek x semput menanti terbenamnya matahari..,apapun bila berbuka, Kurma kena manis, semanis kurma~.. Rasa-rasanya dafi puasa tak??

3) Menjelang berbuka, teh 0 ais ngan nasi berlauk sambal sotong..,,kena makn ciputt jerk coz ada plan nk p Uptown Damansara makn western pu"d...

4) Jalan2 ke lembah middy, teman Naz sho0ping,,dia dh ada kerja baru katanyaa...,Semoga rezeki bertambah2 dengan pekerjaan yang baru..,,nnati ang bleh blanja kami men gop..

5) pagi tadi join segmen dalam blog GTO, sehari 10 hinggit.. ,, tekaan semua bloggers salah..,, tadi chek,GTO kata tak ada pemenang lagi...

6) Seharian menchek advt. mencangkul vacancy..,,kata orang kalau ada rezeki tak ke mana kn..,,


moga hari esok ada sinar yang lebih baik dari hari ini...,Assalamualikum,,



29 June 2011

Peristiwa Isra’ dan Mikraj... [ Part 3 ]

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah) 


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah)...


  • Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. 
  • Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.
  • Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
  • Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi Idris AS. 
  • Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel. 
  • Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan nabi-nabi. 
  • Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  • Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi Ibrahim AS bersabda...

     “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah"

    Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda :

    “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.
  • Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi”... (dahan pokok Sidratul-Muntaha)
    Rasulullah SAW menyaksikan  pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke  syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.
  • Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk  pokok Sidratul- Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.
  • Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T..



Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.

[ Part 1 ] [Part 2 ]

Sumber: Tafsir Al-Quraan,Laman Masjid As Syakirin,

Burasa Hangus: Terima Kasih kerana sudi membaca..,semoga kita sama-sama mendapat mengajaran dan iktibar daripada peristiwa ini..InsyAllah..



Peristiwa Isra’ dan Mikraj... [ Part 2 ]

Dalam perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:



  1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  2. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  3. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  4. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata  Jibrail Itulah orang orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan  perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.
  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
  7.  Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah  orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang
    .
  10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.
     
  11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
     
  12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.
     
  13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. 


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat  dengan segala anbia’, aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pada suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.....

Peristiwa Isra’ dan Mikraj...

Assalamualikum w.t.b...,

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan
Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada 27 Rejab..



 



Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku
pada diri baginda Rasulullah SAW.Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW.Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra’ dan sekitarnya.

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu,  dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.



Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

*Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
* Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
* Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan)



Dalam perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya::-

[ Part.2 ] [ Part.3]

Seth datang kolej saya.... terujake?

Ringkasan pada hari ini 28 June 2011...,,

Baju Mahasiswa yang aku tunggu2 selama ini dah pun sampai.. tapi tak cuba lagi,harap2 muat la yee...
So sepertimana yang ada pada tajuk Entry,, budak Mahsa keterujaan dengan kedatangan team produksi untuk buat shooting dalam Mahsa.., Paling penjadi tumpuan disebelah pagi,Seth.. ramai yang tidak melepaskan peliuang untuk bergambar bersama... heheheh.. Saya tau dia dtang pun tengok pada wall2 muka buku budak2 kolej...

Google nyer..!!



Ada yang serta-merta upload lagi, lajuu gituew~ bukan stakat student jer..lecturer tidak ketingalan..hihkhihk.. Apapun Lecturer juga manusia biasa,tak dapat lari dari keterujaan.Pada sebelah petang plak ada 2 orang mamat nih..,

Google nyer..!!

Google nyer..!!
....dengan kisah cerita di dalam cafetria Mahsa yang cantik dan lawaa-lah sangat [tangan ke bahu,mata pandang atas] Lunch time aku tadi dihidupkan dengan menyaksikan orang shooting,,saja nk tau mcm naaa,Oh! gituu rupanya kan..ehee
.Ntah apalah drama tu kn? ,,mmm filem oh! tidak mungkin...
Tapi,kenapa Mahsa?.... dah banyak orang produksi datang...,, Apapun congrets Mahsa coz menjadi tempat tumpuan dan pilihan..., harapan moga student2 tidak diabaikan.. jangan hanya mementingkan prestej tetapi prestasi diabaikan.... Selamat beramaL...


BurasaHangus: Tapi suke tengok make up artis dia,,auu..auu gituew!! hahaha ... Btw,Just nk inform,kamera aku rosak,tak okey lagi.... ><












28 June 2011

Syukur,Saya Sah,Syukran...

BEN


Sempurnahlah Sudah.... [sambil seslurpeee]
Saya Syukur...,Sah Sebagai pemenang Segmen dari blog Sir.Ben "SAYA"... Sokongan semua saya sanjung!! Semoga segmen-segmen sir.BEN lebih banyak lagi agar dapat menolong bloger yang lain.. Senyum Sokmo~~

Antar yang tersenarai... here


Pest op olls, thanks buat sir.Ben coz shortlist kn saya..dan Thanks buat blogers2 yang undi tadi,saya sayang semuanyaaa~ Jasamu di kenang... eheheh So, Sir.Ben akan promote dalam blog selama Sejam.. Untung wOoo,sapa tak nak kan?? eheheh ., buat  yang terlepas, segmen 'SAYA' sebenarnya kita kena buat ayat dengan semua perkataan start dengan huruf [s] dan ayat mesti bermula perkataan [SAYA] ..,














Selamat Pagi Aishiteruku...

Selamat Pagi semua,khas buat kekasih hati A..A..Ai Aishiteru.. >_< V...,








Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berfikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau riduku pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
berkat ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiran ku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau riduku pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
berkat ketulusan a a a aishiteru
Saat ku sendiri pikiran melayang terbang
Prasan resah gelisah jalani kenyataan hidup tanpa gairah o u oo
Lupakan segala obsesi dan abmbisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu padaku
Kumohon kau kembali
kimiga kumo kumii tenmo
kinoho boy ga shino ga ruta a
Shineteruyo shineteruyooo
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau riduku pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
berkat ketulusan a a a aishiteru
wo wo wo
wo wo wo a a ai aishiteru


..... Terima kasih,selalu ada bersama walaupun berjauhan namun hati kita sentiasa bersama..,
Semoga apa yang dilakukan pada hari ini dan hari-hari yang mendatang mendpat keberkatan dan keredhaNya.. Doa moga kita terus bahagia dan berkekalan,.*Amin*
TerimalaH jiwangks di pagi hari, agar kau sentiasa ceria dan bahagia berada di sampingku....


selapat berbekpest Malaysia......







S....

bEN


Wuarghhh~~ Baru jee habis join Ben S punya segmen..
tu jee nk kasi tau...
hikhihkihkk....

Buat yang belum send,
send la cepat sebelum kul 
6 a.m nnti..
Okey Selamat
::BERJAYA::


ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
sssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
sssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
tapi kenapa [S] ?
kenapa Saya?
ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
sssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
sssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss




Extremely Urgent..

Extremely Urgent..,

google

melihat pada bungkusan yang ku dapat pagi tadi..,,merasakan benar-benar urgent.., courier  service yang ku terima pagi tadi dari GDA membuat ku tertanya-tanya...
Seribu persoalan...
Sampul ku buka dan KFC Holdings M,melayangkan surat lagi,mesti voucher...
Ya.. it is..,,voucher KFC dari Snaxx Card....


Apa yang mengelirukan Voucher itu valid sehingga 19 November 2010..,, dan voucher ini dikeluarkan pada 6 Oktober 2010..
Kekeliruan di situ,dan voucher ini hanya tinggal kenangan.., di mana silapnya?? 


Bertapa urgentnya surat ini....,








GLC Open Day...

Ahad lepas sempat menghadirkan diri ke GLC Open day yang berlangsung di KLCC.., Open day ni berlangsung selama tiga hari iaitu 24-27 June 2011 bertemakan "Nation building,Touching Lives". Banyak company yang mengambil bahagian dalam open day nih,antaranya KWSP,CIMB GROUP,MAS,TM dan banyak lagi..so dalam open day ni kita dapat mengetahui bidang perniagaan yang diceburi oleh GLC, meneroka peluang perniagaan dan pekerjaan, serta mengetahui bagaimana GLC telah menyumbang kepada pembangunan negara..











..bagi mereka yang berkesempatan 3 hari lepas mesti dapat banyak gift kan??
Bh pulang dengan banyak free gift..thank you GLC.. :)




27 June 2011

Saya..


ben



"1 jam bersamaan 3o minit"
Saya nak blog Saya di promosikan

Pagi!!

SAYA...SAYA...SAYA!! 

hahhaaa.. ntah pa dh nak jadi, selamat pagi Malaysia,buat mereka yang berkerja,,selamat menjalankan tugas,semoga hari ini kerja nyahh enteng!!
Satu lagi lembaran baru,minggu yang baru tanpa sebarang aktiviti..,,terlalu berada di posisi Pengangur yang terhormat..


24 June 2011

Rasuk....

RASUK

google



lakonan Iqram Dinzly, Sidek Hussain, Fauziah Nawi, Khir Mohd Noor dan Fouziah Ghous..,,
movie yang bergenre seram selama 1 jam 30 min ini berkisarkan kejadian di rumah yang diwasiatkan kepada Fauziah Ghous..., Untuk lebih sinopsis


Trailer:









rate untuk movie ni saya bagi 5/10 la,,tidak berapa nk seram dan ending yang tidak berapa nak ending hiiiiiii...walaupapun, suka dengan watak Doktor dalam cerita nih, Ha ha ha ha..., "ketawa merupaakan terapy untuk menghilangkan stress" --, terlebih sudah!!










GPS Nuffnang?

Sepertimana entri terdahulu,BH ada mention yang sya dpt 4 pass movie,so tadi pergi menebus 4 tebusan tersebut.. heheh.,


Nuffnang


Selepas,solat jumaat kat ttdi,terus gerak ker office nuffnang.,,susah gk nak cari, dah la gps henpon aku x update lagi bagi kawasan-kawasan yang sama waktu denganya..ehehee..,,
Apapun akhirnya jumpa jugak,, so untuk pengetahuan bagi yang belum pernah ke nuffnang, nuggnang office ni terletak di dalam bangunan Heritage House..,dia x der signboard kt luar melainkan anda masuk dlm bangunan tu.., Heritage House tu kt mana? gOOgle la kt tnet.. 

Lepas dpt pass tu,terus singah KLCC, tangok movie,movie citer Rasuk..,, selebihnya nak simpan untuk Transformers nanti.. :)







Keciknya aku...

Assalamualikum n selamat pagi Malaysia..,
 Selamat hari jumaat yang indah penuh barakah,,
moga apa yang kita lakukan pada hari ini mendapat keberkatan dariNya..
InsyaAllah,...
Bersyukur kehadrat Allah S.W.T,
kerana masih diberi peluang untuk bernafas untuk megerjakan segala
tuntutanya..Syukur Allhamdulilah~

Buat teman yang kurang sihat,
sabar dan tabah mengharungi cobaan dan dugaan yang diberikan..,




Jom ,sambil bekpest mILO tengok entry bergambar...>>>



Sewaktu selongkar gambar-gambar kat hardisc,,tetiba terjumpa gamabar nih..,comeii tak?? Yang kat blakang,maksud aku..,amcm?? hikhik malu plak.time nih aku baru baru masuk darjah 2, yang depan tu macam adik aku,tapi bukan,, ni anak kakak aku,, 
Hurmm,bila dah umur meningkat dewasa sekarang ,bila tengok semula,baru rasa macam nk tergelak.., time tuh aku dah berstatus pakcik, tapi bila tengok gambar,mcm sebaya jer...

Keciknya aku...




Pic ni ,tak tau time bila,, yang pasti,time aku kecik..lolx Ni semua anak buah aku,sebahagian yang dah lahir,ni pun tak masuk semua,ntah tak tau p mana tyme tu....
Yang terkini tak tau dah berapa..,,aku pun dah lama tak pulang,kot2 dah bertambah kerakyatan....
Anak buah aku yang baju color putih kt hujung tu lah yang kt gambar first tadi,besaq dh.....


I Like Fila


Pic ni pulak..,31/08/xx
Tahun tak tau,tarikh aku tau sebab tyme nih bufday anak buah aku 
sama dengan Malaysia merdeka..anak merdeka la katakan.., 

Dia nih,anak buah yang ke-2 lahir,tapi tahun kami lahir sama,2 bulan jer bezaa..
bila fikir2, aku dalam kandungan lagi,kakak ipar aku pun mengandung.. 
p klinik ibu mnegandung sama2 ngn mak aku kot,kn?... hikhik....

Yang depan tuh,obviously aku,budak yang aku cerita nih yang kat blakang,
tak sempat nk masuk pose,dok sibok curi-curi makan
bufdey kek bawah meja...

Bertapa tebalnya SPAN kek dahulu kala kn?
Manis dan,bunga2 hiasan wajib ada... :)









BH:Yang baju merah ni anak buah paling latest..,yang bibir mcm JLO tu, pangiL aku atok mude...
mudaaa la sangat ~ ~ ~
:)






Mat bebobok yea...




Seharian menghadap lappy.,dan bakal belarutan sehingga beberapa hari yang mendatang..,, bermuka buku,ym dan sebagainya..seakan bekerja menjaga server...,,makan jua berhadapan dengan lappy,bahkan korek hidung pn depan dia....

andaikata lappy boleh bicara.., boleh bersembang bersama, atau mungkin akan berkata,bosan.. KAU..KAU..KAU~,, Senyum sendiri,gelak sendiri,kekadang bekerut dahi..,x paham aku!!!




kui ching



***SELAMAT MALAM BUAT SEMUA***
SEMOGA MIMPI YANG INDAH




23 June 2011

Sakit..

Hampir sebulan lebih dah dia sakit,sampi sekarang tak hantar g klinik lagi..., teralalu memerlukanya tapi tak der transport nak hantar ke specialist..




















09 June 2011

Professional Exam,mohon doa darpada kalian...

June,10 bersamaan hari jumaat,hari yang penuh dengan keberkatan..,merupakan professional exam,,exam penilaian prektikal setelah 3 tahun menyempurnakan dip. in fisioterapi.. Perasaan sangat teruja untuk menghabiskan course  ni,dan dalam pada masa yang sama juga nervous.. apakah cerita,apakah kes,siapakah patient yang menjadi mangsa exam aku esok....



Hitam mahupun putih kulitmu,tidak menjadi masalah buat ku,,mohon beri kerjasama,moga semuanya berjalan dengan lancar.

Sedikit details untuk exam esok;
Tempat:: Physiotherapy Centre,,Mahsa Clinic,Jln University Campus..
Time: 8:30am.
Date: 10 June 2011.
Discipline : Neurology..



Mohon doa restu daripada semua,doakan kejayaan buatku esok,,moga-moga berjalan lancar.-Amin.





08 June 2011

World Biggest Angry Bird Playground....







Nokia.com






Everyone, fire up the Angry Birds and join us to create the GUINNESS WORLD RECORDS™ attempt for the Most People Playing in a Mobile Phone Game Relay. Plus, win exclusive prizes and have fun with Nokia at the World's Biggest Angry Birds Playground. Admission is free. 


Date: 11 june 2011.
Event: Boulevard Strip, Low Yat Plaza, KL.
Time:  11am – 9pm




* For more information log on to Nokia facebook for more details.

            "The date is set, the birds are ready, the record awaits"








BH: ayat copy n paste dari nokia pesbuk..hak cipta terpelihara.. :)













Am Bank? sejak bila aku ada....

Bingung seketika..,
sejak bila aku ada buka account amBank?? Aku dah puas belek-belek kad bank yang banyak tapi takda gak dari Am Bank.. Ait pelik..,



Terima Kasih Nuffnang...

Entri yang berbaur keriakan sedikit...,,


Bila check E-mail sebentar tadi,,
Amat terkejut jugak dan rasa2 berbesar hati, 1 penghargaan daripada nuffnang buat aku..,
almaklumlah pest time,,budak baru lagi dlm blog kan... 
ehehe,,,



Kulit Baru...


Assalamualaikum,
syukur kehdaratNya kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini,salam selamat tengah hari buat semuaa...,lama x update blog, berrehat seketika untuk memberi laluan kepada final exam... baru siap touch-up2 dan reconstruct wall blog yang baru dan tidak seberapa ini.. ehee.., blog yang lama kelihatan serabut, tu yg p reconstruct.. 






BH; seperti yang ada pada dada blog...., kali ni x nk letak widget yang berat2..,tnet x berapa nk achieve 4G,,










01 June 2011

Susu sedunia....





::1 JUNE 2011::

Selamat hari susu sedunia. Jangan lupa minum susu banyak-banyak k.. nk yang lazat,minumlah perisa strawberry. I Loikee~ perfect choice.. eheee..
dan buat mereka2 yang ingin kulit tampak cerah dan putih..,,mandi la ngn susu, boleh didapati di pasaraya.. beli 10botol, & berendam laaa..

,.. nak yang lebih freshh,perah la sendiri.. :)









Labels

2010 (15) 2011 (38) ABC (1) af (1) agama (4) air (1) air asia (7) ajl25 (1) aku (8) Api (1) August (2) Balai Ketibaan (2) bank (1) Ben (14) Berenang (2) Berendam (1) Berita (4) BILIK (1) blog (8) Boarding (2) Bodoh (3) Bola Sepak (2) Boring (1) budak2 (1) buterfly (1) Check In (1) Contest (4) Cuti (3) doktor (1) dunia (1) Emas (1) error (1) Exam (1) Facebook (1) FIFA (1) fizo (1) fotografi (3) gathering (1) Gay (1) gegar (1) geli (1) gigi (1) Gila (3) GSC (2) happy (4) Harga (3) hari ini (2) Hormat (1) Hospital (3) Hotel (3) hypermarket (1) ibu (1) Ice Skating (1) Ikan (2) Islam (4) Isra Mikraj (3) jalan (2) July (5) kahak (1) kamera (3) Kamus Hidup (3) Kapal (4) kawan (4) kelas (1) kerja (2) Kfc (7) KLCC (1) koleksi (1) kosmo (1) kucing (1) Lalat (1) lambat (1) lapar (2) Laugage (2) lawak (2) Lcct (4) Maaf (4) macam-macam (2) mahsa (2) Mail (1) makan (20) Malam (6) Malu (5) Malysia (1) mamat (1) mandi (1) Mati (1) Menangis (6) Meninggal Dunia (1) Mesir (2) minum (1) movie (4) mushroom (2) nuffnang (5) Pak Cik (3) Pantai (1) Park Yong Ha (1) Pencuri (3) perompak (1) physiotherapy (5) posting (1) Promoter (1) ptptn (1) Puasa (3) rusuhan (1) sabah (7) sahur (1) Salah. (1) salesman (1) Sandakan (1) sedut (1) SEGMEN (9) selamat pagi (7) selamat tahun baru (1) Selerak (1) Suction (1) tahniah (2) tak puas hati (2) Takut (4) Tawau (1) Terbang (2) Terlepas (2) Tersentak (6) Thanx (10) trailer (1) tutup (1) twitter (1) uniform (1) vacancy (1) Video (4) vote (1) welcome (2) Winter Sonata (1) world cup (1)
Powered By Blogger

Story Saya... Semuanya S..

Saya [syuib Syed Sabri],Sathiswaran serta Susan,Sekolah sesame sehingga standard Six. Sewaktu subjek science,Saya serta Sathiswaran sorok set sempoa susan sebab susan selalu salah simpan. Satu saat,susan sedar sehingga suke sorang-sorang.saya serta sathiswaran say sorry sama Susan.Susan senyum sampai semput!! Semput!! Saya serta Sathiswaran shock!! Saya,sembahyang semoga semuanya selamat. Syukur,Susan selamat.Saat,saya samapaikan sesuatu sama susan,.

Syuib: Susan,saya sangat suka sama su.. sedarkah su,selama ini susu,sambal sotong,siakap, serta samosa sukaan su,sebenarnya saya sediakan.,sathiswaran sekadar sampaikan su.,saya silap,semua salah saya..saya segan su... sorry su’’.

Sathiswaran: siot!! Sengal sungguh,, susan,sebabnya syuib sayang su..,sedikit sisipan su...Sikat,selipar,sugus,sayur-sayuran,springles,sup-sup,siput sedut...semuaaaaaaaaaaaaaanya syuib sediakan.. [sambil siku-siku Syuib]

Susan: sathis,sudahlah semangat sungguh syuib..sob..sob..sob..sekadar soalan,siapa susan sebenarnya sama syuib??’’

Syuib:.. su seperti singkong serta sepatunya,su sopan santun,su seputih salju,semanis soya serta secantik selebriti “Sinetron Sejuta Sesungut Seindah senyuman” su..

Susan: [senyum-senyum singa]


... sedetik serta sesaat,syuib serta susan suka sama suka,sungguh-sungguh sehidup semati.Sepuluh,September susan sah sebagai suami syuib, Sempurnah sebahagia selamanya... SEKIAN.

--sat,sat..sathis senyap seyhh? Sambunganya..sesambung selepas sore.. Sixa.m sedikit sahaja sampaii sudah....Shhhhhhh~

::Siap,semoga semuanya suka serta Senyum sentiasa::

SENYUM SOKMO!!