Sila Daftar Masuk

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

28 November 2012

T-Shirt Gaza [membeli sambil beramal]

Assalamualaikum everyone,


Save gaza

.... Tujuan utama T-Shirt Gaza ini dijual, langsung tiada niat untuk mengeksploitasi kesusahan rakyat Palestin bagi menjana keuntungan demi kepentingan sendiri. Tetapi sebagai inisiatif untuk mengumpul dana - mylubok



          Beli T-shirt sambil menderma ke gaza., 100% hasil keuntungan akan disalurkan ketabung aman palestin, Cepat, apa tunggu lagi, jom menderma, sambil menderma dapat t-shirt dan yang paling penting dapat pahala, InsyaAllah.

Save gaza

Muslimah design
Tempahan dibuka sehingga  30 NOVEMBER 2012

Untuk tempahan dan  maklumat lanjut berkenaan Saiz dan design lain boleh layari mylubok.com



# semoga keprihatinan serta keikhlasan kita bersama akan diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T.Amin ya Rabal~


29 June 2011

Peristiwa Isra’ dan Mikraj... [ Part 3 ]

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah) 


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah)...


  • Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. 
  • Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.
  • Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
  • Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi Idris AS. 
  • Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel. 
  • Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan nabi-nabi. 
  • Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  • Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi Ibrahim AS bersabda...

     “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah"

    Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda :

    “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.
  • Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi”... (dahan pokok Sidratul-Muntaha)
    Rasulullah SAW menyaksikan  pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke  syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.
  • Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk  pokok Sidratul- Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.
  • Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T..



Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.

[ Part 1 ] [Part 2 ]

Sumber: Tafsir Al-Quraan,Laman Masjid As Syakirin,

Burasa Hangus: Terima Kasih kerana sudi membaca..,semoga kita sama-sama mendapat mengajaran dan iktibar daripada peristiwa ini..InsyAllah..



Peristiwa Isra’ dan Mikraj... [ Part 2 ]

Dalam perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:



  1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  2. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  3. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  4. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata  Jibrail Itulah orang orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan  perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.
  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
  7.  Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah  orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang
    .
  10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.
     
  11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
     
  12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.
     
  13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. 


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat  dengan segala anbia’, aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pada suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.....

Peristiwa Isra’ dan Mikraj...

Assalamualikum w.t.b...,

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan
Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada 27 Rejab..



 



Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku
pada diri baginda Rasulullah SAW.Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW.Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra’ dan sekitarnya.

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu,  dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.



Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

*Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
* Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
* Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan)



Dalam perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya::-

[ Part.2 ] [ Part.3]

Labels

2010 (15) 2011 (38) ABC (1) af (1) agama (4) air (1) air asia (7) ajl25 (1) aku (8) Api (1) August (2) Balai Ketibaan (2) bank (1) Ben (14) Berenang (2) Berendam (1) Berita (4) BILIK (1) blog (8) Boarding (2) Bodoh (3) Bola Sepak (2) Boring (1) budak2 (1) buterfly (1) Check In (1) Contest (4) Cuti (3) doktor (1) dunia (1) Emas (1) error (1) Exam (1) Facebook (1) FIFA (1) fizo (1) fotografi (3) gathering (1) Gay (1) gegar (1) geli (1) gigi (1) Gila (3) GSC (2) happy (4) Harga (3) hari ini (2) Hormat (1) Hospital (3) Hotel (3) hypermarket (1) ibu (1) Ice Skating (1) Ikan (2) Islam (4) Isra Mikraj (3) jalan (2) July (5) kahak (1) kamera (3) Kamus Hidup (3) Kapal (4) kawan (4) kelas (1) kerja (2) Kfc (7) KLCC (1) koleksi (1) kosmo (1) kucing (1) Lalat (1) lambat (1) lapar (2) Laugage (2) lawak (2) Lcct (4) Maaf (4) macam-macam (2) mahsa (2) Mail (1) makan (20) Malam (6) Malu (5) Malysia (1) mamat (1) mandi (1) Mati (1) Menangis (6) Meninggal Dunia (1) Mesir (2) minum (1) movie (4) mushroom (2) nuffnang (5) Pak Cik (3) Pantai (1) Park Yong Ha (1) Pencuri (3) perompak (1) physiotherapy (5) posting (1) Promoter (1) ptptn (1) Puasa (3) rusuhan (1) sabah (7) sahur (1) Salah. (1) salesman (1) Sandakan (1) sedut (1) SEGMEN (9) selamat pagi (7) selamat tahun baru (1) Selerak (1) Suction (1) tahniah (2) tak puas hati (2) Takut (4) Tawau (1) Terbang (2) Terlepas (2) Tersentak (6) Thanx (10) trailer (1) tutup (1) twitter (1) uniform (1) vacancy (1) Video (4) vote (1) welcome (2) Winter Sonata (1) world cup (1)
Powered By Blogger

Story Saya... Semuanya S..

Saya [syuib Syed Sabri],Sathiswaran serta Susan,Sekolah sesame sehingga standard Six. Sewaktu subjek science,Saya serta Sathiswaran sorok set sempoa susan sebab susan selalu salah simpan. Satu saat,susan sedar sehingga suke sorang-sorang.saya serta sathiswaran say sorry sama Susan.Susan senyum sampai semput!! Semput!! Saya serta Sathiswaran shock!! Saya,sembahyang semoga semuanya selamat. Syukur,Susan selamat.Saat,saya samapaikan sesuatu sama susan,.

Syuib: Susan,saya sangat suka sama su.. sedarkah su,selama ini susu,sambal sotong,siakap, serta samosa sukaan su,sebenarnya saya sediakan.,sathiswaran sekadar sampaikan su.,saya silap,semua salah saya..saya segan su... sorry su’’.

Sathiswaran: siot!! Sengal sungguh,, susan,sebabnya syuib sayang su..,sedikit sisipan su...Sikat,selipar,sugus,sayur-sayuran,springles,sup-sup,siput sedut...semuaaaaaaaaaaaaaanya syuib sediakan.. [sambil siku-siku Syuib]

Susan: sathis,sudahlah semangat sungguh syuib..sob..sob..sob..sekadar soalan,siapa susan sebenarnya sama syuib??’’

Syuib:.. su seperti singkong serta sepatunya,su sopan santun,su seputih salju,semanis soya serta secantik selebriti “Sinetron Sejuta Sesungut Seindah senyuman” su..

Susan: [senyum-senyum singa]


... sedetik serta sesaat,syuib serta susan suka sama suka,sungguh-sungguh sehidup semati.Sepuluh,September susan sah sebagai suami syuib, Sempurnah sebahagia selamanya... SEKIAN.

--sat,sat..sathis senyap seyhh? Sambunganya..sesambung selepas sore.. Sixa.m sedikit sahaja sampaii sudah....Shhhhhhh~

::Siap,semoga semuanya suka serta Senyum sentiasa::

SENYUM SOKMO!!